JOM BELA BSFL (BLACK SOLDIER FLY LARVAE)
Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens
adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang
tempoh ia dalam betuk seekor lalat. Ia hanya
mengawan dan bertelur. Pelikkan? Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat
dari lalat ni. Terutama bagi kita para
penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!
Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier
fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan
ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah. Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar
bsfl yang mengandungi protein yang tinggi iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas
dan ikan.
Kitaran Hidup BSF
Telur bsf biasanya akan mula menetas setelah 4 hari dari
hari ia dikeluarkan oleh bsf betina. Biasanya
lalat betina akan bertelur (500 – 1200 biji telur ) pada dinding yang bersih di
mana di bahagian bawahnya terdapat sumber makanan untuk anak2nya nanti. Ini menjadikan bsf adalah sejenis lalat
pembersih tanpa bawaan kuman pada kakinya.
Setelah 4 hari, bsfl akan mula menetas dan jatuh ke bawah iaitu ke dalam
sumber makanannya, ia mula makan dengan lahap di samping mencerna sisa tersebut
menjadi kompos.
Peringkat larvanya mengambil masa 13 – 18 hari di mana ia
akan makan, makan dan makan sebanyaknya.
Dalam proses ini ia secara tidak sengaja menukarkan bahan sisa kepada
protein di dalam tubuhnya dan kompos dari tinjanya. Dengan hanya telur-telur seberat 1g akan
menghasilkan 2.4 kg larva yang penuh dengan protein. Hebatkan!
Pra-pupa adalah tahap di mana larva akan bertukar kepada
pupa. Mengambil masa 6-7 hari
di mana warna kulit akan mula berubah gelap dan keras. Ia masih makan
tetapi jumlah semakin sedikit dan gerakan semakin kurang.
Setelah itu, ia terus menjadi pupa dan berhenti makan. Ia akan kekal menjadi pupa selama 10 hari hingga berbulan mengikut kesesuaian untuk ia berubah kepada bsf dewasa.
Setelah bertukar kepada bsf dewasa, ia akan kembali
menjalankan tugasan yang sama seperti ibu dan ayahnya iaitu mengawan dan
bertelur. Pada ketika ini, ia hanya ada
masa 5-8 hari sahaja untuk menyelesaikan tugas tersebut kerana setelah itu
iapun akan mati. Mungkin sakit tua hehehe.
Jika kita lihat, kitaran hidup lalat ini sangat ringkas dan memberi
manfaat kepada alam pada setiap kitarannya.
Alhamdulillah Allah pertemukan manusia dengan kelebihan lalat ini dan berjaya
dikaji dengan baik.
Kandungan nutrient dalam bsfl.
17 - 42 % protein.
Kaedah Membiakkan BSFL
Bahan-bahannya :
1.
Bekas A
2.
Bekas B : Saiz lebih kecil dari bekal A
3.
Pita perekat / gam
4.
Sisa buah, dedak atau sisa dapur
5.
Kertas kadbod (kotak barang)
6.
Batu-bata
Dengan merujuk rajah di atas, biar saya ceritakan perjalanan bsf ini
menggunakan point angka dalam bulatan pink seperti berikut :
1. Pada point 1, bsf terbang ke lokasi setelah mengesan ada sisa dapur yang boleh menjadi makanan kepada bakal anak2nya.
2. Point 2 menunjukkan bahawa bsf telah hinggap di kadbod dan bertelur
di liang-liang kadbod tersebut. (Kadbod dilekatkan pada dinding bekas B
menggunakan pita pelekat) Rujuk juga rajah di bawah.
3. Point 3 pula menunjukkan bsfl yang baru menetas jatuh ke dalam sisa dapur dan makan serta membesar di situ.
4. Point 4 adalah di mana bsfl hampir matang merangkak keluar dari
bekas yang lembab mencari tempat kering untuk bertukar menjadi pupa,
persediaan ke alam dewasa.
5. Pada point ini, bsfl matang telah berkumpul di dalam bekas A dan
terperangkap di situ. Pada keadaan ini, bsfl mudah diambil untuk diberi
makan kepada ternakan kita. Alhamdulillah.
Sekian sedikit perkongsian dari saya berkaitan penghasilan bsfl, banyak
lagi penjelasan perlu saya lakukan dalam tulisan kali ini. Akan tetapi
atas kesuntukan masa, sy terpaksa update tulisan ini supaya lebih
lengkap dari masa ke semasa sebagai rujukan kita bersama di masa
hadapan.
Sekian dari saya. Wassalam.
Sumber : anizamagrofarm
Assalamualaikum & salam sejahtera
ReplyDeletePihak kami membuat kajian saintifik berkaitan pembiakbakaan dan teknologi digunapakai dalam industri ayam kampung, menghasilkan makanan ternakan organik daripada teknologi black soldier fly larvae (BSFL) dan menganjurkan latihan industri untuk badan kerajaan dan swasta, institut pendidikan dan pensendirian sejak tahun 2012 hingga sekarang. Maklumat lanjut boleh layari http://bit.ly/ekofarmmalaysia terima kasih.