Thursday, August 17, 2017

Assalamualaikum..

Sejak tahun 2015 lagi Lang Mini Farm telah beroperasi tapi sekarang baru tergerak hati aku untuk ber'blog dan berkongsi sedikit sebanyak tentang persekitaran, permasalahan dan aktiviti yang berjalan di reban usang kami.

Jika dihitung dengan masa berada di reban memang tidak sepenuh masa..aku menjalankan aktiviti reban hanya ketika pulang petang dari kerja hakiki dan selebihnya pada hari-hari cuti am atau umum..

Selama 2 tahun beroperasi banyak suka duka,ujian cabaran, dugaan yang dihadapi..dengan kematian anak2 ayam kerana diserang penyakit..bukan tidak di ubati tetapi dugaan ini datang untuk mematangkan lagi proses pengendalian secara sistematik dan berkesan.

Ohhh...musuh jangan cakap lah kat sini mmg ramai..yang selalu menjadi tetamu tak diundang kami adalah sang monyet..pantang bila bg makan ayam mmg diorang ni mnyibuk duk curi makan..menu paling digemari mereka adalah telor ayam..sbb tu telor2 ayam kami tak lekat..bertelur je terus rembat..mmg hangin betul..jalan yg aku ambil ialah aym bertelor je aku terus kutip dan letak dlam perindukan tiruan iaitu Inkubator ( keterangan lanjut mengenai inkubator di lain post sbb inkubator ni yg homemade punya aku buat sendiri..hehehehe )

Tak habis lagi dengan monyet datang pulak biawak..hohoho..kat sini jgn main biawak besor buaya kalau yang otai tu.org trengganu panggil bewok riang..sampai kan reban 5 x 3 kaki pun blh terbalik dia panjat..diorang ni dikategori sbg musuh ke 2 yang amjadah..kalo monyet dia minat kat telor je..kalo biawak ni dgn ank2 aym dibedal..yg umur 2,3 bln mmg snyp kalu kena dgn dia ni..

Ada lg ni musuh ketiga yg mmg xtau nk kata apa..org trengganu panggil 'menatang BABI'..hahaha..yg ni mula stat operasi time maghrib sampailh ke subuh..reban aku koyak dirempuhnya..bkn stkt ank ayam dibedal dgn tokki tokwan ayam jd mangsa..induk ayam belanda,aym mutiara,itik hbis di jamu..yg xleh lupa ayam eksotik ayam cemani habis dia buat sup..haramjadah punya babi..hahha..

Ok lah brenti sini dululah idea xdtg lg nk karang citer..maklumlah da lama tinggal memblog.

Wassalam..

Penyakit Ayam Kampung dan Cara Merawat Mencegah Mengawal

Newcastle Disease 

Agent Virus Paramyxo

Sindrom pernafasan, ganguan saraf, gangguan viscerotropic


Tanda-tanda
Ganguan pernafasan- Sesak nafas dan batuk
Gangguan saraf- Drooping wing, kaki menggeletar, kepala teleng, berpusing, berundur semasa minum, lumpuh, telur berubah warna dan bentuk, pengeluaran telur menurun & albumin cair
gangguan viscerotropic
Cirit birit ( cair dan kehijauan) bengkak tisu dan leher kematian 100% dewasa
Pencegahan
Vaksinasi Newcastle (ND) melalui air minum pada anak ayam berumur 1 hari
Atau titisan pada mata atau hidung

Infectious Coryza
Agent
Bakteria haemophilus gallinarum

Penyakit pernafasan
Tanda-tanda
Keluar cecair dari hidung, bersin dan bengkak muka dibahagian mata hingga tertutup mata
Rawatan
Antibiotik bakterin

CoccidiosisAgentProtozua Emeria necatrix
Protozua Emeria tenella
Pada ayam diperingkat dewasa
Penyebab
1. Kerosakan tisu
2. Banyak sporuliated oocysts membiak dalam najis
3. mencemari makanan minuman
Tanda-tanda1. Berat badan turun
2. cirit-birit teruk
3. hilang selera makan
4. Pengeluaran telur kurang
5. najis berdarah
6. Darah beku dan berkumpul di ceca
7. Menyebab tisu usus rosak
Rawatan
Coccidiostat dicampur didalam minuman
 Basmi kuman dengan bersihkan reban
Diagnosa
Penemuan oocysts dalam najis atau kikisan dinding usus
Bedah siasat 5 ekor hidup dan 5 ekor mati
Semple najis dihantar ke makmal berjadual

Herminthiasis
Penyebab
Cacing gelang
Cacing pita
Pada ayam penelur dan baka
Termakan telur larva cacing dari serangga, kumbang, siput, lalat
Tanda-tanda1. Hilang selera makan, bantut, lemah
2. mati bila cacing sekat usus
3. Penebalan, inflamasi dan nodular pada dinding ceca
Rawatan
Sanitasi kandang
Jaga kebersihan
Guna ubat cacing

 Marek’s Disease
Agent
Herpes virus(serotype1& 2)
Jangkitan melalui pernafasan, virus matang dilepas ke udara dan berjangkit
Tanda-tanda1. Paralysis (lumpuh)
2. kebanyakan monyok & mati
3. Tumor pada hati limpa jantung buah pinggang dan otot pada ayam umur 3 minggu
Pencegahan
Vaksinasi ditempat penetasan
Amalan sanitasi pada awal penetasan

 Infectious Bursal Disease ( Gumboro Disease)
AgentVirus IBD
Berjangkit & cepat merebak
Tanda-tandaCirit berit
Vent picking ( mematuk-matuk)
Inflamasi pada cloaca
Edema pada cloaca bengkak kekuningan
Pendarahan pada peha otot kaki dan bahagian pektoral
Tiada rawatan
Vaksinasi (ive IBD) melalui titisan mata, minuman
cucuk bawah kulit pada ayam peringkat grower
sebelum waktu betelur

 Pollerem
Agent
Bakteria Salmonella pullorom
Jangkitan peringkat telur bila telur menetas lahir generasi berpenyakit
Tanda-tanda
1. Ayam berkumpul kekawasan haba
2. tidak makan & mengantuk
3. najis warna putih kuning
4. Kematian tinggi pada anak dan dewasa
Pencegahan
Furazolidone 0.022% dalam makanan
Egg Drop Synrome (EDS)
Agent
Adenovirus
Jangkitan pada telur
Telur tersebut bercengkerang lembut, nipis tidak jadi sempurna lembik berwarna perang
Tiada tanda sakit pada ayam
Cuma berlaku pada telur
Tanda-tanda
1. Kehilangan warna pada telur
2. cengkerang nipis dan mudah pecah
3. telur tanpa cengkerang
4. pengeluaran telur berkurangan mendadak
 Vaksinasi
Berikan Vaksinasi oil adjuvant usia 14-18 minggu

Infectious BronchitisAgent
Corona Virus
Berjangkit, akut
Tanda-tanda1. Batuk , cecair hidung pada anak ayam saja
2. bengkak muka, air mata meleleh
3. Gangguan pernafasan
Tiada rawatan dan vaksin hanya ada pada combination Newcastle & Bronchitis vaccine
Cuma memerlukan masa untuk kembali normal.. Baiki pengudaraan reban

Penternakan ayam kampung

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penternakan ayam kampung
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONGBoleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah. PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAMSampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

 Sumber : http://bukandoktorveterinar.blogspot.my/

Wednesday, August 16, 2017

JOM BELA BSFL (BLACK SOLDIER FLY LARVAE)

Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang tempoh ia dalam betuk seekor lalat.  Ia hanya mengawan dan bertelur.  Pelikkan?  Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat dari lalat ni.  Terutama bagi kita para penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!
Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah.  Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar bsfl yang mengandungi protein yang tinggi  iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas dan ikan. 
Kitaran Hidup BSF
Telur bsf biasanya akan mula menetas setelah 4 hari dari hari ia dikeluarkan oleh bsf betina.  Biasanya lalat betina akan bertelur (500 – 1200 biji telur ) pada dinding yang bersih di mana di bahagian bawahnya terdapat sumber makanan untuk anak2nya nanti.  Ini menjadikan bsf adalah sejenis lalat pembersih tanpa bawaan kuman pada kakinya.  Setelah 4 hari, bsfl akan mula menetas dan jatuh ke bawah iaitu ke dalam sumber makanannya, ia mula makan dengan lahap di samping mencerna sisa tersebut menjadi kompos. 
 
Peringkat larvanya mengambil masa 13 – 18 hari di mana ia akan makan, makan dan makan sebanyaknya.  Dalam proses ini ia secara tidak sengaja menukarkan bahan sisa kepada protein di dalam tubuhnya dan kompos dari tinjanya.  Dengan hanya telur-telur seberat 1g akan menghasilkan 2.4 kg larva yang penuh dengan protein.  Hebatkan!
 
Pra-pupa adalah tahap di mana larva akan bertukar kepada pupa.  Mengambil masa 6-7 hari di mana warna kulit akan mula berubah gelap dan keras.  Ia masih makan tetapi jumlah semakin sedikit dan gerakan semakin kurang.
 
Setelah itu, ia terus menjadi pupa dan berhenti makan.  Ia akan kekal menjadi pupa selama 10 hari hingga berbulan mengikut kesesuaian untuk ia berubah kepada bsf dewasa.

 
Setelah bertukar kepada bsf dewasa, ia akan kembali menjalankan tugasan yang sama seperti ibu dan ayahnya iaitu mengawan dan bertelur.  Pada ketika ini, ia hanya ada masa 5-8 hari sahaja untuk menyelesaikan tugas tersebut kerana setelah itu iapun akan mati. Mungkin sakit tua hehehe.
Jika kita lihat, kitaran hidup lalat ini sangat ringkas dan memberi manfaat kepada alam pada setiap kitarannya.  Alhamdulillah Allah pertemukan manusia dengan kelebihan lalat ini dan berjaya dikaji dengan baik.
Kandungan nutrient dalam bsfl.
 
17 - 42 % protein.
 
Kaedah Membiakkan BSFL
Bahan-bahannya :
       1.       Bekas A
       2.       Bekas B : Saiz lebih kecil dari bekal A
       3.       Pita perekat / gam
       4.       Sisa buah, dedak atau sisa dapur
       5.       Kertas kadbod (kotak barang)
       6.       Batu-bata
Kaedah :

 
Dengan merujuk rajah di atas, biar saya ceritakan perjalanan bsf ini menggunakan point angka dalam bulatan pink seperti berikut :
 
1. Pada point 1, bsf terbang ke lokasi setelah mengesan ada sisa dapur yang boleh menjadi makanan kepada bakal anak2nya.
 
2. Point 2 menunjukkan bahawa bsf telah hinggap di kadbod dan bertelur di liang-liang kadbod tersebut. (Kadbod dilekatkan pada dinding bekas B menggunakan pita pelekat) Rujuk juga rajah di bawah.
 
 
 
3.  Point 3 pula menunjukkan bsfl yang baru menetas jatuh ke dalam sisa dapur dan makan serta membesar di situ.
 
4.  Point 4 adalah di mana bsfl hampir matang merangkak keluar dari bekas yang lembab mencari tempat kering untuk bertukar menjadi pupa, persediaan ke alam dewasa.
 
5.  Pada point ini, bsfl matang telah berkumpul di dalam bekas A dan terperangkap di situ.  Pada keadaan ini, bsfl mudah diambil untuk diberi makan kepada ternakan kita.  Alhamdulillah.
 
Sekian sedikit perkongsian dari saya berkaitan penghasilan bsfl, banyak lagi penjelasan perlu saya lakukan dalam tulisan kali ini.  Akan tetapi atas kesuntukan masa, sy terpaksa update tulisan ini supaya lebih lengkap dari masa ke semasa sebagai rujukan kita bersama di masa hadapan.
 
Sekian dari saya.  Wassalam.
 
Sumber :  anizamagrofarm

Assalamualaikum.. Sejak tahun 2015 lagi Lang Mini Farm telah beroperasi tapi sekarang baru tergerak hati aku untuk ber'blog dan berkon...